Wednesday, November 27, 2013

Hati yang resah

Hari ini sudah 27/11/2013 ,makin hari makin berlalu waktu dan sudah pasti waktu yang lepas tidak akan kembali lagi,usalah sekuat mana pun waktu yang telah berlalu pasti tidak akan kembali lagi ...Kadang-kadang risau diriku memikirkan dengan gelora hati ini,bukanlah yang ku maksudkan hati fizikal itu,tetapi hati rohani,kerana hati inilah yang menjadi sarang bagi godaan syaitan atau tumpuan bagi petunjuk dari Ilahi,andai kita tidak menjaga hati ini,pastilah syaitan akan mengemudi hati,dan jadilah jasad menuruti hati yang telah ditawan itu,maka pasti akan berlaku kejahatan yang disedari atau tidak disedari,keran syaitan hanya membisikkan ke arah kejahatan,..Akan tetapi andai kita sedar tujuan hidup kita,dari mana kita datang,apa fungsi hidup kita,ke mana kita akan pergi,pasti kita akan menyesal bila tidak menjaga hati itu dengan sepenuh hati kerana kepada hati itulah Allah S.W.T memberi cahaya petunjuk,bila hati berada dalam petunjuk Ilahi,maka jadilah jasad mengikuti hati yang bersinar itu,maka pasti lah kebaikan terserlah dengan izin Ilahi.....

Jasad luaran kita ini hanyalah sekadar alat,yang dipinjam oleh Tuhan bagi memudahkan kehidupan kita,sedangkan hidup kita hanya untuk beribadah kepada Tuhan......Namun diriku masih lemah ,kerana kesilapan lampau ,hati ini telah mengalami penyakit,namun,jika dibiar tentulah penyakit itu akan melarat,oleh itu jangan berputus asa,sentiasalah berusaha merawat penyakit hati ini,dan berdoalah kepada Tuhan supaya menyembuhkan penyakit hati ini,supaya kita memperoleh redha Ilahi.....Ya Allah,hambamu ini lemah dan tidak berdaya,andai tiada petunjuk dari-Mu pasti lah hamba ini akan tersesat,maka sesungguhnya ya Allah ,kurniakanlah hamba ini dengan keredhaan-Mu dan tuntunlah hamba menuju keimanan kepada MU ya Allah ....Aminn.............

rabu,27/11/2013.......11.pm ,setiu terengganu

Friday, November 8, 2013

Bilakah kematian akan menjelma?

Bilakah agaknya kematian akan menjelma? hmm aku pun tidak tahu bilakah ia akan menjelma,yang nyata,ia pasti akan menjelma,cepat atau lambat sahaja yang membezakanya,namun saat ia menjelma,tidak ada lagi peluang untuk bertaubat,tidak ada lagi permintaan untuk dipanjangkan umur,bila ia datang seluruh tubuh pasti akan menggeletar,kerana selepas kematian itu akan datang pula satu alam yang sangat dasyat,iaitu alam PERHITUNGAN AMAL(akhirat)...Tiada siapa yang dapat mengelaknya ,pasti dan sememangnya pasti kita akan menempuhinya,ibarat kita tidak dapat mengelak daripada jantung kita berhenti berdegup,begitulah pula dengan kedatangan hari akhirat,tiada siapa yang dapat mengelaknya.....Aduh,sedihnya hati ku bila megenang nasib diriku di sana nanti,tiada siapa yang dapat menolong,sedang amal yang ku bawa pula terlalu sedikit,adakah keselamatan ku akan terjamin di akhirat nanti ? aduh celaka lah diriku andai aku tidak dapat menjawab soalan malaikat mukar dan nakir,bila di tanya "SIAPA TUHANMU?????!!!!"andai aku terkedu dan menjawab "aku tidak tahu" maka celakalah diriku ....Andai ditanya pula "APA AGAMA MU ??!!! ,sekiranya jawapanku, "aku tidak tahu" ,maka celakalah diriku,andai ditanya pula oleh malaikat yang mulia itu,"APAKAH PENDAPATMU TENTANG ORANG INI( NABI MUHAMMAD .S.A.W ),jika jawapanku ,"aku tidak tahu ,aku sekadar mengikut apa yang orang cakap sahaja",maka celaka lah aku dengan sebenar-benarnya celaka...........terseksalah aku dalam kegelapan kubur,dengan himpitan kubur ,dan rugilah aku di akhirat kelak......

Hakikat yang pasti terjadi,bahawa setiap insan bernama manusia pasti akan merasai mati,bagaimanakah rasanya mati? hanya yang telah menghadapinya sahaja dapat merasainya.....Sedang bekal amalku masih lagi sedikit ,aku sangat takut andai kesudahanku adalah suul khotimah,.Soal bilakah ia akan datang,bagaimanakah cara kita mati,dimanakah kita akan mati,itu semua berada dalam rahsia Allah Ta'ala,tidak ada siapa pun yang tahu bilakah ia akan mati,namun yang pasti ia akan datang......Apa yang penting sentiasa lah bersedia dengan kedatangannya,penuhkan bekal amal dan mohonlah keredhaan ALLAH dan mintalah agar pengakhiran hidup kita di dunia ini adalah dalam keadaan baik dan diredhai ALLAH......Peringatan buat diriku,sentiasa lah ingat pada kematian kerana ia akan datang pada mu.Semoga ALLAH memberiku kesempatan untuk terus bermunajat dan bertaubat kepada-Nya dan mengurniakan pengakhiran yang baik kepada ku.........Aminn.....

(gambar di atas hanyalah sekadar hiasan,jika tuan empunya melihatnya,mohon dihalalkan)

8/11/2013 ,8.28 p.m ,jumaat ,setiu terengganu......


Thursday, November 7, 2013

Cara melawan musuh utama,Syaitan



Muhammad Qosim Al Farisi pernah menceritakan seorang pemuda yang menuntut ilmu pada seorang Ulama di Irak. Ulama itu seorang yang alim, sholeh, wara dan zuhud. Murid muridnya banyak berdatangan dari berbagai wilayah. Bukan hanya dari Basrah dan Kufah tapi juga dari negeri luar. Mereka betah dan nyaman belajar pada Ulama tersebut. Termasuk anak muda yang berasal dari daerah Khurasanan. Ia senantiasa hadir tepat waktu menghadiri majelis ilmu sang ulama. Menyimak pelajaran dengan penuh keseriusan dan selalu bertanya bila ada pelajaran yang kurang jelas. Bila malam telah larut ia masih terbiasa sibuk dengan muzakarah pelajaran yang ia terima siang harinya dan sebelum ia tidur selalu sholat witir terlebih dulu.

Tak terasa sudah sepuluh tahun anak muda ini menuntut ilmu di Ulama yang alim tersebut dan kini tiba saat ia pulang ke kampung halaman untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakatnya dan mengabdikan diri bagi kepentingan umat yang selalu menjadi cita cita hidupnya. Saat hendak pamit untuk berangkat pulang ke kampung halaman Sang Ulama berdialog dengan anak didiknya tersebut .
Berkata sang Ulama “Wahai anakku dari negeri manakah kamu berasal?”
Sang murid menjawab “saya berasal dari daerah Khurasanan”
Ulama kembali berkata “Sudah hampir sepuluh tahun kamu menuntut ilmu kepadaku maka sudah saatnya kamu kembali ke kaummu dan menyampaikan risalah islam ini kepada mereka yang berhak. Tapi sebelumnya ada satu hal yang ingin aku tanyakan kepadamu.”
Murid bertanya “apa itu wahai Guru?”

Ulama kemudian berkata “apabila kamu telah tiba di negerimu dan engkau mendapat godaan syaitan maka dengan cara apa kamu dapat melepaskan diri dari bujuk rayuannya?”
Cukup lama sang murid berpikir dan kemudian memberanikan diri menjawab “aku akan mengusirnya dengan kekuatanku dan akan menyuruhnya pergi jauh”
Ulama kemudian berkata “apabila kekuatanmu telah habis maka engkau tidak bisa melawannya lagi dan bila kamu terus selalu melawannya maka kamu tidak akan punya waktu lagi untuk beribadah kepada Tuhanmu karena sibuk mengurusi syaitan “
Sang murid tersentak kaget dengan jawaban sang Guru dan dengan keseriusan ia bertanya “lalu dengan apa aku akan mengusirnya wahai Guru?”

Sang Ulama lalu membetulkan posisi duduknya dan berkata “bila kamu sedang mengembala kambing dan ada anjing yang hendak memangsa kambingmu maka cara termudah kamu mengusir anjing tersebut adalah dengan mendekati pemilik anjing dan menyuruh anjingnya agar pergi menjauh. Begitulah bila kamu hendak menghadapi syaitan maka kamu hanya perlu mendekat kepada Allah dan bertaqarrub kepadanya maka syaitan akan menjauh karena lelah dan kurus kering tidak bisa menggodamu”

Nasihat yang luar biasa dari Ulama yang alim dan wara’. Sungguh bila hati hanya sibuk dengan mengingat Allah maka tidak ada kesempatan bagi syaitan untuk masuk mengganggu hati yang khusyu’ mengingat Allah. Karena hanya tangis dan kesedihan bagi syaitan yang tidak berhasil menggoda anak adam dan ia akan hidup miskin dan memiliki badan yang kurus kering karena tidak mendapat rejeki makanan dari orang yang hatinya selalu terpaut dengan Allah.

(semoga menjadi pedoman kepada diriku sendiri, )

8/11/2013 jumaat,6.30 a.m ,setiu terengganu..

Sekadar catatan di malam hari

Hari ini sudah 7/11/2013,ramai orang yang merasa yakin bahawa dia akan hidup lagi untuk hari esok,termasuk lah aku,namun bagi orang yang mempunyai iman dan takwa yang kukuh,mereka memang langsung tidak ingat pada hari esok,kerana bagi mereka mati bila-bila masa boleh menjelma,oleh itu setiap ibadat yang mereka lakukan ,maereka lakukan dengan penuh penghayatan ,penuh keimanan ,penuh ketakwaan,.Mereka merasakan bahawa ibadat itu adalah ibadat yang terakhir bagi mereka kerana mereka tidak pasti sama ada masih hidup lagi atau tidak untuk esok hari .Dunia bagi mereka bukanlah keutamaan,tapi akhirat,itulah keutamaan mereka ..Dunia bila tiba masanya akan lenyap,musnah ,sedangkan akhirat,itulah tempat yang kekal abadi,..Alangkah indahnya andai aku dapat beribadat seperti hamba-hamba Allah yang soleh ,merasa nikmat ibadah pasti akan memberi ketenangan pada hati.

Namun ealah ,bila hati telah lama dibiarkan tanpa siraman zikrullah,tanpa disemai dengan amal soleh,maka ia pasti akan menjejaskan hati itu.Bagi aku rohani atau hati ini ibarat jasad juga,apa agaknya kalau kita tak mandi selama seminggu,xperlu seminggu kalau sehari tak mandi pun kita da rasa tidak selesa,begitu juga dengan hati (rohani) kita ,bayangkan berapa lama kita membiarkan hati kita ,berapa lama kita mengabaikan hati kita ,jika dapat dilihat tentu kita akan terkejut melihat betapa kotornya hati kita ,sedangkan hati ini lah yang dipandang Allah,jasad hanya sekadar anggota yang melaksanakan,namun hati lah yang memerintah jasad itu ...tangan xmungkin bergerak dengan sendiri untuk menggaru muka kalau bukan kerana hati kita yang mengarahkannya kan? ...Namun aku sedar ,bernafasnya aku pada hari ini adalah kerana belas ihsan Tuhanku,Dia masih memberi aku kesempatan untuk menghrup udara bumi ini untuk bertaubat kepada-Nya dan mengabdikan diri  kepada-Nya ....

Janganlah sampai bila kita dah melihat janji-janji,peringatan Allah baru kita hendak bertaubat,masa tu memang takda guna dah .Apatah lagi kalau kita sudah berada di alam akhirat,aduuhhhhh pasti menyesal tak sudah andai kita termasuk golongan kiri,..Allah da kata bahawa manusia dan jin hanya dicipta untuk beribadah kepada-Nya ...Aku ada membaca buku yang mengatakan bahawa ,Nabi bersama sahabat melintasi bangkai seekor keldai yang da terputus telinga,kemudian Nabi bertanya siapakah yang mahu tukarkan bangkai itu dengan nilai satu dirham,para sahabat mengatakan bukan setakat satu dirham,kalau percuma pun mereka tak mahu,maka Nabi S.A.W. mengatakan "demi Allah,dunia ini lebih hina nilainya dari bangkai itu ,....Jadi nampak lah bahawa dunia ini bukanlah keutamaan Nabi,para sahabat dan orang-orang soleh kerana ia lebih hina dari bangkai keldai,tapi ealah dunia inilah yang banyak menggelapkan mata kita ditambah pula dengan godaan syaitan..aduhh menyesalnya aku kerana mengabaikan perintah Tuhanku ,sedangkan aku adalah hamba...Tuham bagi segala kemudahan kepadaku untuk beribadat kepada-Nya tapi? aku xikut pun perintah Tuhan ...Oh Tuhanku ,ampunkanlah aku dan berikanlah aku kesempatan untuk menghambakan diriku pada-Mu ,kasihanilah aku ya Tuhanku

Semoga aku akan terus tabah menjalani liku-liku hidup tanpa lupa tujuan hidupku ini .....

BELUM WUJUD ----- ALAM RAHIM ------- ALAM DUNIA( buat amal) ------ ALAM BARZAKH(mati,lepas dari segala unsur dunia,rehat sebelum tiba hari kiamat) ------ ALAM AKHIRAT (tempat perhitungan amalan semasa di dunia) ----- SYURGA (balasan amalan baik) / NERAKA (azab amalan kejahatan).........

Inilah destinasi kita sebenarnya ,syurga ataupun neraka ...Allah bagi pilihan,nak buat jahat di dunia buatlah,tapi Allah akan balas,dan kalau buat baik di dunia dengan penuh iklas kerana Allah,maka Allah juga akan balas atas kebaikan itu ......So ,SYURGA KAH ATAU NERAKA KAH akhir perjalanan hidup kita ......????? ....

( Catatan ini sekadar untuk perinatan kepada diriku sendiri....semoga aku akan sentiasa ingat tujuan hidupku,amin)..........

(khamis,7/11/2013, 11.30 .pm....setiu terengganu)

Monday, November 4, 2013

Sekadar Luahan Jiwa

Hari ini sudah pun masuk bulan 11,(5/11/2013) ,telah banyak masa yang telah ditinggalkan ,hmm kadang-kadang terasa alangkah ruginya setiap masa yang datang tu tidak diisi dengan perkara yang berfaedah ...Padahal aku sedar ,hidup di dunia ini adalah untuk beribadat kepada-Nya ,tapi ? aku masaih lagi terpengaruh dengan tipu helah dunia.Aku kena ingat bahawa dunia yang didiami ini hanyalah tempat persinggahan untuk mendapatkan bekal ,kemudian apabila tiba masanya aku akan meneruskan lagi perjalanan dengan bekal itu ,Oleh itu janganlah terpengaruh dengan dunia ini .Apabila telah cukup masanya ,kita akan kembali ke alam sebenar iaitu akhirat,tempat yang akan dihitung segala amal yang kita lakukan di dunia ...Di manakah kedudukan aku di akhirat nanti ? Persoalan ini sentiasa bermain di mindaku ,aku sanagat takut sekiranya aku termasuk dalam golongan ahli neraka,...

Aduh alangkah rugi dan menyesalnya andai aku dimasukkan di kalangan ahli neraka,bersama pula sang syaitan durjana,sedangkan di dunia pun aku dah bersama syaitan ,dan manusia-manusia yang jahat ,di akhirat terpaksa pula bersama dengan mereka lagi ,aduhh sangat menyesallah andai neraka menjadi tempat huni ku ....Allah S.W.T masih memberi aku peluang ,tiap nafas ,tiaap saat jantung yang berdegup ini adalah peluang yang Allah bagi sebenarnya untuk aku bertaubat ,maka rugilah andai peluang ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin .....Aku juga sedar bahawa syaitan hanya sekadar mengadakan tipu daya sebagai jalan untuk memperbanyakkan ahli neraka ,sedangkan,Allah dengan sifat Maha Pengasih-Nya telah memberi petunjuk dalam menghadapi tipu daya syaitan ,Allah tidak pernah membiarkan hamba-Nya terjerumus dengan tipu daya syaitan ,tapi ramai pula manusia yang mengikut hasutan syaitan ....Allah telah turunkan Al-Quran sebagai cahaya,petunjuk,iktibar ,peringatan kepada manusia ,namun betapa ramai yang mengikut petunjuk yang Allah bagi ? ....

Sekadar peringatan buat diriku ,dunia bukanlaah tempat untuk mendapatkan keseronokan ,kenikmatan ,tapi tempat untuk membuat amal,tempat kita menyerahkan jiwa dalam beribadat kepada Yang Maha Esa ,andai kita dapat masuk ke syurga ,maka itulah tempat sebenarnya untuk kita berseronok ......Ingatlah dunia lebih hina dari bangkai keldai,